Selepas PDRM tolak surat kelulusan MITI, lebuh raya utama lengang pagi Aidiladha

Selepas PDRM tolak surat kelulusan MITI, lebuh raya utama lengang pagi Aidiladha

Aliran trafik di sekitar Lembah Klang, selatan tanah air dan di Pantai Timur Semenanjung dilaporkan lancar dan terkawal pada pagi sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini.

Setakat tengah hari tadi, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan trafik lengang di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Aliran trafik yang rendah juga kata LLM berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 termasuk lokasi di sekitar Plaza Tol Gombak, Bentong, Karak dan Kuala Terengganu.

Sebelum ini media melaporkan berlaku peningkatan aliran trafik di lebuh raya menghala ke timur beberapa hari sebelum Aidiladha yang disambut hari ini.

Pada 18 Julai lalu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima dokumen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai kelulusan pergerakan sah bagi tempoh empat hari mulai 18 hingga 21 Julai ini.

Jelasnya, keengganan PDRM menerima dokumen MITI untuk pergerakan rentas negeri itu susulan terdapat individu menyalah guna surat tersebut untuk pulang ke kampung menyambut Aidiladha.

Berikut adalah maklumat keadaan beberapa jalan utama di Semenanjung seperti dinyatakan menerusi Twitter LLM:

8.20am [email protected] : Trafik masih lengang di sepanjang lebuhraya KL-KARAK & LPT1&[email protected] termasuk lokasi disekitar Plaza Tol Gombak, Bentong, Karak & Kuala Terengganu berikutan aliran trafik yang rendah.

9.34am LEMBAH KLANG : Trafik disemua lebuhraya bertol masih dalam keadaan lancar & terkawal berikutan aliran trafik yang rendah.

10.42am [email protected] & [email protected] : Trafik di atas Jambatan di kedua-dua arah masih dalam keadaan lancar & terkawal.

11.03am TAMBAK [email protected] & [email protected] : Trafik dikedua-dua arah laluan Malaysia-Singapura masih lancar & terkawal.

12.23pm [email protected] & [email protected] : Trafik dilaluan utama lebuhraya masih dalam keadaan lancar & terkawal. Amalkan pemanduan berhemah & patuhi SOP ketika berada di RnR & Hentian Sebelah Lebuhraya.

COMMENTS