Pemuda Pas buta geografi tapi sibuk suruh hafal nama negara Asia Tenggara dalam Arab

Pemuda Pas buta geografi tapi sibuk suruh hafal nama negara Asia Tenggara dalam Arab

Entah apa tahap bebalnya sayap pemuda sebuah parti yang mendakwa mereka parti Islam tetapi perkara asas berkaitan geografi Asia Tenggara pun ‘ke laut’.

Boleh saja google, kenalpasti terlebih dahulu berapa sebenarnya jumlah terkini negara-negara di Asia Tenggara.

Namun, Pas yang kini sudah dalam kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional (PN) dilihat memang tidak bijak apa lagi menyiasat terlebih dahulu.

Itu pun mahu duduk dalam kerajaan. 11 buah negara di Asia Tenggara pun tidak tahu, apalagi mahu diharap untuk menggubal polisi kerajaan yang adil dan memihak kepada rakyat.

Twitter Pemuda Pas semalam acah ‘cool’ mengajak orang ramai menghafal nama negara-negara Asia Tenggara dalam bahasa Arab.

Pelik juga, apa kejadah Pas sibuk nak ajar dalam bahasa Arab untuk negara-negara di Asia Tenggara. Patutnya, ajar dulu cara nak sebut negeri-negeri di Malaysia dalam bahasa Arab. Contohnya, tentu ramai keliru bagaimana sebutan Arab yang betul untuk negeri Perak!

Pemuda Pas rupa-rupanya menyangka hanya ada 10 negara di bahagian tenggara Benua Asia ini. Padahal, ada 11 negara!

“Tahukah anda rupa-rupanya Asia Tenggara terdiri daripada 10 buah negara.

“Cuma kali ini jom kita hafal bersama negara-negara dalam Asia Tenggara dalam bahasa Arab.

“Baca elok-elok ya,” katanya selamba tunjuk pandai tapi bodoh.

Selepas menyertakan imej bendera, peta dan perkataan dalam bahasa Arab bagi 10 negara Asia Tenggara, jelaslah Pemuda Pas tertinggal negara Timor Leste atau Timor Timur.

Walaupun permohonan Timor Leste untuk menjadi salah sebuah negara anggota ASEAN semenjak tahun 2011 masih lagi dalam proses tetapi negara bekas salah sebuah wilayah di dalam Republik Indonesia itu terletak dalam rantau geografi Asia Tenggara.

ASEAN ketika awal pembentukannya pada tahun 1967 hanya dianggotai lima buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina.

Pada masa itu, ASEAN dianggap sebagai sebuah blok politik yang pro kepada Amerika Syarikat (AS).

Pertubuhan serantau itu kemudiannya disertai Myanmar, Laos dan Kemboja pada 1997.

ASEAN menumpukan kerjasama multilateral melibatkan politik, ekonomi, sosial dan pendidikan serta bersifat berkecuali.

Beberapa fakta penting berkenaan Asia Tenggara juga perlu sama-sama kita ketahui.

Jangan jadi macam Pemuda Pas. Gah saja letak #MemimpinNegara tetapi fakta tentang Asia Tenggara pun ‘ke laut’, memimpin apa namanya tu?

Dalam 11 negara di Asia Tenggara, Indonesia negara terbesar yang mempunyai penduduk paling ramai; Singapura pula negara terkecil dan paling padat penduduk manakala Brunei mempunyai penduduk paling sedikit.

Gunung tertinggi di Asia Tenggara ialah Hkakabo Razi yang terletak di Myanmar manakala Jurang Mariana di Filipina merupakan jurang paling dalam di dunia.

Asia Tenggara dikelilingi oleh Selat Melaka yang merupakan selat terbesar di dunia selain Lautan Hindi, Lautan Pasifik, Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Jawa dan Laut Sulawesi.

Di peringkat Asia Tenggara juga, Malaysia dikenali sebagai negara gemuk dengan prevalens orang dewasa yang obes di Malaysia adalah yang tertinggi di negara Asia Tenggara sebanyak 15.6 peratus.

‘Orang Pas’ yang sinonim dengan imej ‘orang agama’ walaupun umur muda ramai juga yang nampaknya mengalami masalah gemuk berlebihan. Amal gaya hidup sihat dan makan bersederhana berhenti mentekedarah sebelum kenyang ke tu?

Menurut Data World Population Review (2019) juga, negara obes kedua ialah Brunei (14.1 peratus) diikuti Thailand (10.0 peratus) dan Indonesia (6.9 peratus).

COMMENTS