Melambung 11,079 kes! Tiga negeri kini empat angka kes harian Covid-19!

Melambung 11,079 kes! Tiga negeri kini empat angka kes harian Covid-19!

Selepas turun sedikit 8,574 kes semalam, jangkitan baharu Covid-19 terus melambung kepada 11,079 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 855,949 kes.

Selangor paling teruk terjejas dengan 5,263 kes sekali gus rekod tertinggi kes Covid-19 di negeri itu sejak pandemik melanda tahun lalu.

Dua lagi negeri dan wilayah mencatatkan empat angka iaitu Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan masing-masing 1,521 kes dan 1,033 kes.

Sementara itu, tiga negeri mencatatkan lebih 400 kes iaitu Kedah dengan 497 kes, Sarawak (472 kes) dan Johor 406 kes.

Kumpulan tiga negeri lain dikesan lebih 300 kes baharu Covid-19 iaitu Perak (329 kes), Melaka (323 kes) dan Pahang 321 kes.

Untuk rekod, Pahang mencatatkan kenaikan kes baharu untuk lima hari berturut-turut walaupun tersenarai antara negeri terawal beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa 5 Julai lalu.

Dalam masa sama, tiga negeri pula merekodkan lebih 200 kes iaitu Sabah (239 kes), Pulau Pinang (234 kes) dan Kelantan 211 kes.

Hanya tiga negeri muncul dua angka kes Covid-19 iaitu Terengganu (93 kes), Putrajaya (77 kes) dan Labuan 60 kes.

Tiada kes baharu pandemik berbahaya itu dicatatkan di Perlis untuk dua hari berturut-turut.

COMMENTS