Ketua Penerangan Bersatu belum cukup nutrisi politik

Ketua Penerangan Bersatu belum cukup nutrisi politik

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan bertanya apakah jaminan Anwar Ibrahim Parlimen tidak akan digunakan untuk kepentingan Parlimen.

Memahami maksud Wan Saiful, dia mahu kepastikan apakah dalam sidang nanti tidak akan berlaku undi tidak percaya kepada Undin anak Yassin.

Nampaknya, ketua penerangan ini orang baharu dalam politik dan belum cukup nutrisi. Kalau dia sudah cukup nutrisi dia tidak akan bertanya persoalan dangkal begitu itu kepada Anwar.

Sebelum dia bertanya dan mempersoalkan Anwar begitu, dia kena tanya dan lihat dahulu kepada Undin anak Yassin sebelum ini.

Apakah Undin anak Yassin meletakkan kepentingan rakyat di hadapan atau kepentingan dirinya dalam berpolitik?

Bukahkah Yang di-Pertuan Agong terpaksa menitah tiga kali agar Parlimen bersidang tetapi liat untuk diendahkan bukankah kerana Undin anak Yassin menjaga kepentingan dirinya?

Dalam dunia siasah ini, siapa yang tidak memikirkan soal dirinya dulu sebelum hal lain dia orang tidak cukup akal.

Cuba renung dan tengok berapa ramai politik yang berada dalam PN hari ini semuanya mereka yang menjaga perut dan tembolok sendiri.

Harap Wan Saiful makan banyak lagi makanan dan minum yang mempunyai gizi menyihatkan akal politiknya. – Mohd Sayuti Omar

COMMENTS