Ketua Dewan Ulama Pas Selangor maut akibat Covid-19

Ketua Dewan Ulama Pas Selangor maut akibat Covid-19

Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Rizuan Rahmat disahkan meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sungai Buloh petang tadi.

Exco Geng Ustaz itu mula dimasukkan ke hospital pada 17 Mei lalu apabila disahkan dijangkiti Covid-19.

Beliau kemudiannya dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dua hari selepas itu.

Semakan Cabaidaily di Facebook Rizuan Bin Rahmat mendapati Allahyarham ada memaklumkan bahawa beliau sudah 21 hari di hospital setakat 8 Jun lalu.

Berita rasmi berhubung kematian Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pas Selangor itu bagaimanapun tiada dimuatkan di lidah Pas, Harakahdaily setakat jam 6.15 petang tadi.

Sementara itu, Facebook Dewan Ulamak Pas Negeri Selangor juga hanya memuatkan hantaran ucapan takziah secara umum.

“Belasungkawa. Al-Fatihah. Berita pemergian ke Rahmatullah Ustaz Rizuan Rahmat Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat disisiNya. Ditempatkan bersama para syuhada dan Solehin.

“Allahyarham adalah seorang pejuang dan mujahid yang hebat. Ameen,” dipetik dari Facebook sayap Pas itu.

Bagaimanapun seorang pengguna Facebook atas nama, W’verine Junior memaklumkan Rizuan “agak keuzuran akibat Covid-19”.

Hantaran yang dimuatnaik kira-kira jam 3 petang tadi itu turut memberitahu pernafasan Rizuan makin menurun.

“Sebentar tadi Ustaz (Rizuan) dah dibawa ke Hospital Sungai Buloh. Kritikal dan oksigen dah di bawah paras 60,” katanya berserta gambar ambulans di perkarangan Maahad Tahfiz Ar Ridhuan.

Allahyarham yang tinggal di Sijangkang, Kuala Langat pada 13 Mei lalu memberitahu dirinya tidak sihat serta tidak berselera untuk makan dan tiba-tiba teringin menjamah mi segera berperisa kari.

COMMENTS