‘Kenduri durian’: Rashid sudah beri keterangan siasatan SOP

‘Kenduri durian’: Rashid sudah beri keterangan siasatan SOP

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan 14 individu lagi sudah beri keterangan berhubung kes melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah kebun durian di Batu Pahat, Ahad lalu.

Ahli Parlimen Batu Pahat itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk memberi kenyataan beliau pada 3 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata pihak polis sudah selesai merakam keterangan kesemua mereka dan akan melengkapkan siasatan serta merujuk kes berkenaan kepada Pejabat Pendakwa Raya.

“Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” lapor BH.

Polis sebelum ini sudah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Rashid yang didakwa melanggar SOP PKP susulan video ‘kenduri durian’ berdurasi 13 saat yang tular itu.

COMMENTS