57 peratus kes Covid-19 hari ini di Selangor, KL

57 peratus kes Covid-19 hari ini di Selangor, KL

Sebanyak 57 peratus daripada 6,437 kes baharu Covid-19 hari ini direkodkan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Jumlah kes harian pandemik setakat jam 12 tengah hari tadi juga menyaksikan lonjakan mendadak selepas kali terakhir Malaysia mencatatkan kes Covid-19 melebihi 6,000 kes ialah pada 18 Jun lalu.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini meningkat kepada 745,703 kes.

Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes baharu dengan 2,299 kes diikuti Kuala Lumpur 1,361 kes.

Negeri-negeri lain sebahagian besarnya mencatatkan tiga angka dengan kebanyakannya mengalami peningkatan kes hari ini.

Negeri Sembilan merekodkan pertambahan kepada 700 kes baharu berbanding 629 kes semalam manakala Kedah, Johor, Melaka, Pahang dan Sarawak masing-masing dikesan melebihi 200 kes Covid-19.

Hanya Putrajaya dan Terengganu merekodkan kes Covid-19 kurang 100 kes iaitu masing-masing 32 dan 21 kes.

Sementara itu, Perlis tiada kes baharu Covid019 dirrekodkan kes baharu ini.

COMMENTS